Owh RUMAHku, Owh JIRANku.. January 5, 2009
Posted by toksiak in Uncategorized.Tags: palestin israel gaza
add a comment
Cuba bayangkan keadaan ini..
Anda sedang bahagia berborak-borak bersama keluarga tercinta di rumah anda..
Tiba-tiba ada orang luar yang tidak ada kaitan dengan rumah kita, datang ingin merampas rumah anda
Tanpa sebab..hanya kerana mereka tiada rumah sendiri..
Dan jiran anda pula memandang begitu saja tanpa menghulurkan bantuan..
Bagaimana perasaan anda?
Jika anda rasa marah dan geram pada orang luar itu,
Juga kecewa pada jiran anda..
Cuba bayangkan pula jika rumah itu, adalah NEGARA anda..
Itulah yang dirasakan rakyat Palestin sekarang ini..
Dan jika anda memandang enteng perkara ini,
maka anda adalah si JIRAN tadi..
Saudara kita sedang sengsara di sana di saat kita bersenang-senang di sini..
Sedarlah wahai saudara-saudara seIslamku..
Jangan sekali-kali hentikan doa untuk saudara kita di sana..
That’s the least we can do..PLEASE!
Gaza dan lagak dunia January 5, 2009
Posted by toksiak in isu semasa, pendapat.add a comment

Gambar diatas memaparkan syuhada’ palestin.Kanak-kanak yang tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman zionis israel.
Namun,kata pelakon kelas dunia iaitu puan rice,bahawa semua kejadian yang berlaku adalah kesalahan hamas.Merekalah yang menjadi punca kepada pembunuhan yang tidak berdosa.Begitu laporan-demi laporan akhbar yang memenuhi rata-rata media internet.Dengan logik aqal yang ada,tidakkah kita terfikir bahawa kita seringkali ditipu dan terus ditipu!Kalian musuh Allah,yang terang lagi nyata,dalam mengishtiharkan perang dengan Allah swt.
Tika kalian mahukan demokrasi,rakyat Palestin telah memilih dan membuat keptusan yang sebaiknya.Peraturan dan deklarasi demi deklarasi yang wujud,direka demi menjaga keamanan sejagat.Namun,mengapa bila tiba giliran zionis Israel,semua ini tidak diperdulikan?-Malah di tongsampahkan begitu saja.Dipekakkan telinga dengan mudah,bersama sokongan dan bantuan dari rejim Amerika.
Hari ini semua umat islam,mendoakan keselamatan saudara seakidah mereka di bumi Gaza.Namun,di sebalik segala peristiwa yang berlaku jelas sekali memaparkan kedayusan pemimpin-pemimpin Arab.Apatah lagi,masih wujud golongan yang menjadi duri dalam daging buat penduduk palestin sendiri.

musuh Allah
Tatkala melihat wajah Mahmoud Abbas,aku jadi geram.Sanggupkah gerangan manusia sepertinya,mengadaikan maruah umat islam dan rakyatnya sendiri demi kepentingan peribadi. Allahuakbar!Allahuakbar! KepadaMu lah,ana berserah.Mereka merancang,namun Engkaulah sebaik-baik perancang.Bolak balikkan lah perancangan jahat mereka.Hancur leburkanlah percaturan dan strategi-strategi kejam mereka.Ya Allah,hanya padaMu,kami berserah.

Jangan sampai hilang maksudmu… June 28, 2008
Posted by toksiak in tarbiyah, tazkirah.Tags: manusia, muhasabah, muslim, tazkirah
add a comment
Pen akan hilang maksudnya, bila tidak berdakwat
dan begitu jualah manusia…
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
( Surah Adh-Dhariyat : 56 )
Antara AOC dan ABC : Praktikaliti Keimanan kepada Qada’ dan Qadr June 17, 2008
Posted by toksiak in tarbiyah, tazkirah.Tags: dakwah, iman, tazkirah
2 comments
Hadeeth of Jabir : ‘ No slave of Allah will truly believe until he believes in Al-Qadr, is good and bad from Allah, until he knows that what has befallen him was not going to miss him and that what missed him was not going to befallen him. [ Tirmidhi ]
Sebagai seorang Muslim yang Mukmin, keyakinan kepada Qada’ dan Qadr merupakan antara 6 pelengkap rukun Iman yang wajid diimani oleh setiap Mukmin. Kita sebagai Ahl Sunnah Wal Jamaah, percaya yang Allah SWT mentakdirkan segala-galanya dan Allah jualah yang menciptakan perbuatan manusia berbentuk ikhtiar yakni telah ditakdirkan ke atas diri setiap manusia itu keupayaan untuk memilih. Sesungguhnya mereka yang beriman sepenuhnya dengan rukun Iman yang pertama iaitu BERIMAN KEPADA ALLAH pasti tidak akan ada sebarang masalah untuk BERIMAN KEPADA QADA’ DAN QADAR ALLAH, kerana rukun iman keenam inilah yang dapat menguji sejauh mana keimanan kita kepada Allah.

Ke arah Jemaah Universal June 9, 2008
Posted by toksiak in pendapat.add a comment
(Entri kali ini ana ubah suai dari perbincangan di dalam mailinglist jemaah)
Berbeza dgn Jemaah kita atau PAS,bukan hanya mereka yg sudah mempunyai fikrah yg perlu ditarbiyah,tetapi termasuklah menyedarkan dan mendekati golongan-golongan biasa dari terus lalai dari ajaran Islam. Sebab itulah uslub dakwah yg dibawa adalah berbeza-beza dan pelbagai sesuai ngan kepelbagaian ragam manusia yg mampu menerimanya. ..
Ungkapan di atas tidak dapat dinafikan lagi. Jemaah kita memang lebih bersifat universal, sejajar dengan pendekatan masakini PAS iaitu ‘PAS for all’, walaupun kita masih tidak mampu untuk melibatkan non-muslim di dalam jemaah kita.
Namun demikian, atas hasil tafakur diri, untuk entri kali ini, ana tampil untuk mencabar ungkapan tersebut. Adakah benar kenyataan ini, atau kita juga selektif seperti sesetengah jemaah lain? Concious mind kita mungkin menafikan yang kita ini selektif, tetapi bagaimana pula dengan unconcious mind kita dan tindak tanduk kita? (bab concious/unconcious mind ini panjang, ana tak terang secara terperinci)
Mari kita tengok situasi program umum, untuk mudah faham. Mari kita muhasabah sama-sama. (Peringatan kepada diri sendiri juga.)
A) Siapa yg selalu kita jemput ke prog umum? (samaada melalui Yahoo Messenger (YM) ( yang bukan sekadar ubuh sebagai status), email atau secara lisan)
Sedar atau tidak, mungkin 80-90% (kiraan ini mengikut kepala sendiri saja, mungkin bukan nilai sebenar
) daripada org yg kita jemput adalah
1) Sudah pernah sertai program umum sebelum ini.
2) Memang berminat/menunjuk minat ke arah program-program agama. Dalam erti kata lain, jikalau tidak diajak pun insyaAllah dia lambat laun akan sertai program hasil usaha sendiri (semua dari kita asalnya adalah dari golongan kedua!)
Secara tidak langsung, kawan-kawan kita ‘yang biasa’, kita ambil tindakan untuk tidak ajak ke program umum, kerana jauh di sudut hati, kita merungut ‘kalau aku ajak pun, dia bukan nak datang..buat malu aku saja ajak dia’. sifat ini hampir semua dikalangan kita miliki, termasuk ana (bagi mereka yg tiada sifat ini, tahniah dan syabas ana ucapkan!). AstaghfirUllah. Kita telah menilai dia sebelum kita mengajak. (jika sudah ajak tetapi dia tidak ingin menyertai, itu soal hidayah Allah. Tetapi kembali pula kepada cara kita approach mereka, sama ada secara hikmah atau tidak.)
B) Berapa ramai peserta program umum kita yang merokok/tidak bertudung?
Sepanjang penglibatan ana dalam jemaah ini, setakat ini dengan mata ana sendiri, ana hanya mengenali SEORANG sahaja peserta yang merokok. Akhwat pula menyatakan pernah sebelum ini SEORANG yang tidak bertudung pernah hadir ke program. (Dan jikalau tidak silap ana, seorang non-muslim dari Sabah pernah ke program umum kita satu ketika dahulu. Ini ana kurang pasti.)
Unconcious mind kita telah mengambil pendekatan utk membiarkan ‘orang-orang biasa’ seperti di atas, maka tidak hairanlah yang hadir di prog umum adalah hanya dari golongan-golongan di (a)(1) dan (a)(2).
Maka, atas sebab di atas, dukacita ana berpendapat, jemaah kita masih belum menjadi persatuan Islam ‘untuk semua golongan’, kerana yg lebih penting untuk diselamatkan bukanlah golongan (a)(1) dan (a)(2), yang mana jikalau tiada progrom umum pun insyaAllah mereka dapat ‘berdikari’ sendiri, tetapi golongan-golongan ‘biasa’, dan ini termasuk yang merokok, yang tidak bertudung, yang bercintan-cintun berdua-duaan, malah yg tidak solat. Golongan ini yg perlukan ‘rawatan’ dalaman agar dapat kembali ke landasan yang benar.
Mungkin amat susah kita mengajak orang-orang biasa seperti di atas, tetapi ana berpendapat, ketiadaan golongan ini di dalam program umum mencacatkan sedikit matlamat jemaah untuk menjadi persatuan untuk semua golongan.
Atas semangat ‘PAS for all’, maka ana rasa sudah tiba masanya jemaah kita mengorak langkah ke arah yang sama, dimulakan dengan usaha dari ahli jemaah sendiri. Sebagai langkah pertama, semoga sekurang-kurangnya kita dapat sasarkan 3 orang peserta yang merokok (syabab) dan 3 orang peserta yang tidak bertudung (akhwat) untuk program umum akan datang insyaAllah (selain dari peserta-peserta lain). Sekurang-kurangnya ada dikalangan anak usrah kita yang terdiri dari golongan biasa ini, bukan hanya budak-budak dari sekolah agama sahaja.
Kita merasai kemanisan ukhwah yang terhasil dari program umum jemaah, sudah tibanya masa kita berkongsi kemanisan tersebut dengan sahabat-sabahat kita yang lain!
Sama-samalah kita rasai NIKMAT MEMBERI!
Entry by: Clan
10 Jun 2008/ 6 Jamadul-akhir 1429
Kami menyokong PKPIM,sekurang-kurangnya mereka bertindak. June 3, 2008
Posted by toksiak in isu semasa, quotation.add a comment

Bersatulah duhai penda’wah-penda’wah.
Ayuh berganding bahu menentang segala propaganda Yahudi laknatullah.
Kita diuji dengan perpaduan,persefahaman sedangkan Palestin di uji dengan airmata darah perjuangan.
Bila gerakan Islam tidak bersatu pada satu isu June 2, 2008
Posted by toksiak in isu semasa.Tags: gerakan Islam, isu, uniform
1 comment so far
Isu : Uniform pelajar perempuan warna putih
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) berkata, kementerian boleh menukar baju putih kepada baju berwarna kerana ia tampak sesuai dan tidak jarang untuk dipakai oleh pelajar perempuan.“Baju berwarna putih sangat jarang untuk dipakai oleh pelajar perempuan menyebabkan ada daya tarikan di situ,” kata pemimpin wanita PKPIM, Munirah Bahari hari ini.
Saya sangat tertarik dengan isu yang diungkit baru-baru ini berkenaan uniform sekolah ini. Dari pemerhatian saya sendiri selama mana pernah berada dalam keadaan sama, asas kepada saranan ini sememangnya benar belaka. Baju sekolah warna putih itu, jika salah pemakaiannya akan tampak seksi !
Quote of the day May 30, 2008
Posted by toksiak in pendapat, quotation.Tags: issues, quote
add a comment
We pick politicians by how they look on TV and Miss America on where she stands on the issue. Isn’t that a little backwards?
- Jay leno
Browsing through my Reader’s Digest ( May 2008 ), I found this particular quote that caught my attention and got me thinking. ( I usually skip the ‘ Quotable Quotes ‘ part in the zine, or maybe at least read them once, just because sometimes I just find the quotes weren’t quotable enough to begin with. lol. wake wakanne~ )
Ok, ok, back to the quote. Let’s see…
Bersederhanalah… May 29, 2008
Posted by toksiak in tarbiyah.add a comment
“Ana ingin solat malam setiap malam tanpa tidur” kata A. “Aku nak berdakwah dan berjihad tanpa henti” kata B pula.
Salahkah apa yang mereka hajatkan itu? Jawapannya Ya dan juga Tidak.
Tidak salah kerana apa yang mereka ingin dan hajatkan itu merupakan sesuatu yang baik dan terpuji. Ya, salah kerana dirisaukan mereka akan ‘rosak’ dengan apa yang mereka hajatkan itu.
Islam sebagai Deen, cara hidup yang mengurus atur seluruh kehidupan kita. Bermula dari kita bangun tidur sehinggalah kita tidur kembali. Sebagai sesuatu yang manusia tidak dapat lari daripadanya, Islam sudah semestinya mempunyai ciri-ciri yang sesuai dengan diri kita, atau dalam bahasa mudahnya, ‘MANUSIAWI’
Maka tidak hairanlah Nabi s.a.w bersabda:
“Amalan yang paling disukai Allah adalah yang berterusan walaupun sedikit”
(Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)
Izinkan saya mengambil contoh sebuah kereta. Kereta ini akan mencapai tahap optimum penggunaannya dari segi ekonomi, kepantasan dan keselesaan seandainya dipandu tidak melebihi 120 km/j. Seandainya seseorang memandu kereta tersebut melebihi apa yang disarankan, mungkin pada esok atau lusa, kereta tersebut masih bisa digunakan. Namun, jangka hayat kereta tersebut mungkin tidak panjang.
Maka, pengajaran yang sama harus diambil oleh kita manusia. Maka dengan ini, saya ingin menyeru para pembaca agar kita bersederhana dalam setiap perkara. Di bawah adalah beberapa perkara yang saya rasa perlu di’highlight’ kan dalam konteks bersederhana, yang perlu difikirkan bersama, khususnya oleh mereka yang ingin terjun ke medah dakwah:
1. Bersederhana dalam percakapan
-
Sebagai seorang daie, kita tidak akan lepas dari bercakap. Samada dalam mesyuarat, berusrah atau berceramah. Maka pastikan setiap butir perkataan yang keluar dari mulut kita itu merupakan hasil daripada sebuah pemikiran yang berlandaskan iman dan akal. Bukan sesuatu yang diucapkan lantaran semangat atau emosi.
-
Ditakuti apa yang kita ucapkan, akan membawa padah kepada kita dan kita terpaksa telan apa yang telah diucapkan.
“Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya”
2. Bersederhana dalam perbuatan
-
Sebagai seorang daie, kita diwajibkan dan disarankan untuk bekerja bagi menegakkan kembali syariat Allah di muka bumi ini. Namun janganlah kita melakukannya tanpa sebarang perancangan yang teliti. Apa yang difikirkan hanyalah matlamat semata, sedangkan manhaj dan akibat semuanya diketepikan.
-
Ingatlah, sejarah telah membuktikan bahawa mereka yang bersikap terburu-buru dan melampau inilah yang pertama sekali kecundang dalam perjuangan.
3. Bersederhana dalam ketaatan
-
Sebagai seorang daie, kita diwajibkan untuk mentaati dan memberikan sepenuh kepercayaan kepada kepimpinan. Tanpa ketaatan, maka gerakerja serta strategi yang dirancang tidak akan dapat dilaksanakan dengan baik, dan lebih teruk lagi akan menimbulkan fitnah kepada dakwah yang dibawa.
“…..Tidak ada kepimpinan tanpa ketaatan…..” (Saidina Umar r.a)
Namun, harulah diingat, ketaatan kita kepada pemimpin bukanlah kerana faktor-faktor induvidualistik. Kita taat kepada mereka kerana mereka berpegang dengan ajaran Islam, menunaikan amanah dan menjaga kebajikan ahli dan anggota.
Janganlah dengan alasan ketaatan dan wala maka kita mengiyakan segala yang diarahkan dan diperkatakan oleh kepimpinan. Latihlah diri anda untuk membezakan antara ‘arahan pemimpin sebagai pemimpin gerakan’ dan ‘arahan pemimpin atas pendapat peribadi’.
Saya kira 3 perkara di atas perlu diambil berat oleh setiap para daie. Maka, bersederhanalah….
Manusia ibarat Tukul May 19, 2008
Posted by toksiak in chicken-soup-for-the-soul, pendapat.add a comment
Tukul…
sekali diketuk, sekali bergerak!
Begitulah ibarat dakwah kita di zaman akhir ini..
Walaupun kita tahu kiamat makin hampir, dunia dah sampai ke hujung,
Kita tetap perlu diketuk utk bergerak..
Bukan saja dlm gerakan dakwah..
Begitu juga dlm hal ukhuwah..
Bak kata omputih, You never miss the water until it ends!
Macam tula jugak dgn kita..
Mende2 di sekeliling slalu kita ambil ringan, take for granted..
Ibu, ayah, adik-beradik..
Bila dah jauh di Jepun,
Barulah nak rasa kehadiran mereka..
Kawan-kawan..
Bila satu hari, dia jauh dari kita..
Baru kita tertanya-tanya kenapa jadi mcm tu..
Mata, tangan, kaki..
Bila tiba-tiba satu hari ditarik Allah,
Baru tersedar akan kepentingannya..
nauzubillahiminzaalik..
Malah IMAN..
sedangkan jika dibayangkan..
kalaulah kita takde iman,
mungkin kita tak berpeluang langsung rasa nikmat kehambaan kpd Allah
kalau ada masalah,
mungkin kita terus bunuh diri mcm ramai org yg takde peluang dpt hidayah Allah di Jepun ni
mungkin kita fikir semua mende harus ada penjelasan..sedangkan dunia ni penuh dgn rahsia yg tak mungkin dpt dijelaskan
Begitu juga dgn DAKWAH..
Bila dah ada pihak yg melakukan..tp caranya pula berbeza dgn kita..
Kita terus mengatakan pihak itu salah..
Sedangkan mereka yg berusaha menjalankan dakwah dahulu..
Tiba-tiba kita campur tgn dan mengatakan mereka salah..
Mengapa perlu jd begini?
Mengapa tak dijalankan dakwah tu awal-awal?
Kenapa bila ada pihak lain, baru timbul rasa nak bersaing?
Sedangkan matlamatnya sama..
Arahnya SATU..
AKAN TETAPI
adakah kerana keadaan ini..
kita patut lari dari dakwah?
tepuk dada tanyalah selera..
世の中は思い通りにいかないものである。
だからといって、逃げるわけにはいかない。
生きていく上でいろいろな壁を乗り越えないと先に進まない。
人生はそういうものである。
だから
頑張ろう!