jump to navigation

Tribute untuk seorang dai’e March 27, 2009

Posted by toksiak in Uncategorized.
add a comment

Seorang ulama’ yang tidak pernah mengenal erti penat dan lelah dalam perjuangan.Semoga iltizam yang ditunjukkan dapat dicontohi oleh semua generasi hari ini dalam menuntut ilmu dan berdakwah.

Owh RUMAHku, Owh JIRANku.. January 5, 2009

Posted by toksiak in Uncategorized.
Tags:
add a comment

Cuba bayangkan keadaan ini..
Anda sedang bahagia berborak-borak bersama keluarga tercinta di rumah anda..
Tiba-tiba ada orang luar yang tidak ada kaitan dengan rumah kita, datang ingin merampas rumah anda
Tanpa sebab..hanya kerana mereka tiada rumah sendiri..
Dan jiran anda pula memandang begitu saja tanpa menghulurkan bantuan..
Bagaimana perasaan anda?

Jika anda rasa marah dan geram pada orang luar itu,
Juga kecewa pada jiran anda..
Cuba bayangkan pula jika rumah itu, adalah NEGARA anda..
Itulah yang dirasakan rakyat Palestin sekarang ini..
Dan jika anda memandang enteng perkara ini,
maka anda adalah si JIRAN tadi..

Saudara kita sedang sengsara di sana di saat kita bersenang-senang di sini..
Sedarlah wahai saudara-saudara seIslamku..
Jangan sekali-kali hentikan doa untuk saudara kita di sana..
That’s the least we can do..PLEASE!

Mereka bergerak,kita harus bergerak sama! April 9, 2008

Posted by toksiak in Uncategorized.
2 comments

Kem Eksplorasi Minda 2008 – Borneo

Assalamualaikum wbt..

In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful..


ISAC Studio goes to Borneo!~

Assalamualaikum wbt.

ISAC Studio bercadang untuk menganjurkan programnya yang pertama, iaitu Kem Eksplorasi Minda 2008 -Borneo! Program ini adalah program berbentuk motivasi + Islami yang mensasarkan para pelajar sekolah menengah (or only SPM – akan dibincangkan kemudian).

Latar Belakang

Dari observation yang ana buat, alhamdulillah terdapat banyak sekali pihak yang tampil membuat program2 untuk remaja di semenanjung Malaysia (dan semoga Allah mengganjarkan mereka dengan rahmatNya). Namun, begitu senario yang agak berbeza berlaku di Borneo (particularly Kuching dan Kota Kinabalu – yang ana tahu la..). Ada tapi tak banyak sangat. Oleh itu, ISAC Studio dengan ini mengambil inisiatif untuk menganjurkan Kem Eksplorasi Minda 2008 – Borneo di Kuching dan Kota Kinabalu, InsyaAllah.

Modus Operandi

Setakat ni, the tentative date is from the 24th of July until 3rd August 2008. Jemputan ini terbuka kepada sahabat-sahabai yang belajar di seluruh dunia (UK, Ireland, Czech, India, Rusia, Malaysia – Aus and NZ tak cuti kan?), MUSLIMIN dan MUSLIMAT. Kami memerlukan muslimat sebab agak sukar dan kurang sesuai if kami muslimin nak cater adik2 perempuan. Boleh mmg boleh, tapi.. biarlah akak2 yang tarbiyyah adik2 ni.. =)

Jadual of the program setakat ni adalah seperti berikut:

24th July: Semua faci tiba ke Kuching.
25th July: Prepare untuk Program di sekolah
26-27th July: Program di sekolah (Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah, Kuching)
28th July: Cuti-cuti Malaysia versi Kuching
29th July: Terbang ke Kota Kinabalu
30-31st July: Program di MRSM Kota Kinabalu (Pihak maktab telah pun memberi respon)
1st Aug: Cuti-cuti Malaysia versi Kota Kinabalu
2nd Aug: Program di Sekolah Menengah Agama Inanam
3rd Aug: Kembali ke Kuala Lumpur

Sahabat2 sekalian kene beli tiket:

24th July: Kuala Lumpur-Kuching
29th July: Kuching-Kota Kinabalu
3rd August: Kota Kinabalu -Kuala Lumpur
*For more detail on tickets, click here

Ana dah check, totalnya dalam 70-100 euro (AirAsia). tapi if nak selamat, simpan la 150 euro. (termasuk kos2 lain, jalan2, souvenir, etc..). Ana meletakkan syarat bagi sekolah2 yang terbabit mesti menyediakan tempat kediaman dan makanan (ketiga2 sekolah tersebut ada hostel dan dewan makan). Jadi, tak perlu risau tentang belanja makan dan penginapan.

Berminat?

Sila hubungi ana by emailing me at azribohari@yahoo.com OR YM azs_kk OR friendster message or comment OR text me at 00353858106155 OR simply leave a comment at this entry of this blog or the shoutout on the right side of this page, whichever suits you. You can also check out http://iisac.blogspot.com for updates. Please do contact me eventhough you tak dapat join – so that i know that you have read this message. Bagi yang berminat tetapi ada masalah kewangan, boleh hubungi ana.

Ayuh sama2 kita gegarkan Borneo! .. dan semoga Allah memberkati usaha kita dan menerimanya sebagai amal soleh..

Azri Bin Bohari
Nat. Univ. of Ireland, Galway
Junior blog admin, ISAC Studio

*dipetik dari:

http://azribohari.blogspot.com/2008/01/kem-eksplorasi-minda-2008-borneo.html

Islam itu indah. April 1, 2008

Posted by toksiak in Uncategorized.
add a comment

إنا كنا أذل قوم فأعزنا الله بالإسلام فمهما نطلب العزة بغير ما أعزنا الله به أذلنا الله

Maksudnya;
“Sesungguhnya kita adalah kaum yang hina, lalu Allah muliakan kita dengan sebab Islam. selagi kita mencari kemuliaan dengan selain cara yang Allah muliakan kita, sudah pasti Allah akan hinakan kita” (Al-Mustadrak ‘Ala Sahihain : 19)
no east,either west;islam is the best

Suara Rakyat di Parlimen!! March 31, 2008

Posted by toksiak in Uncategorized.
Tags: ,
1 comment so far

Suara rakyat akan menggegarkan Parlimen,apakah PAKLAH masih boleh TIDOQ..!!!

Pada Pilihanraya ke 12, PAS menang di 23 kawasan Parlimen daripada 66 kawasan. Sembilan di Kelantan, Satu di Terengganu, Dua di Perak, Satu di Wilayah Persekutu Kuala Lumpur, Enam di Kedah dan Empat di Selangor.

1. Dato Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS menang di Marang mengalahkan Calon BN, Ahmad Ramzi bin Mohamad dengan majoriti 2,747.

2. Haji Nasharudin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS menang di Bachok mengalahkan bekas Timbalan Menteri Kewangan, Dr Awang Adek Hussin dengan majoriti 2901 undi.

3. Dato’ Kamarudin Jaffar, Setiausaha Agung PAS, menang buat penggal ketiga di Tumpat mengalahkan Calon BN, Dr Asyraf Wajdi bin Dusuki dengan majoriti 9,377.

4. Salahuddin Haji Ayub, Ketua Dewan pemuda PAS Pusat menewaskan pencabarnya dari BN, Abdul Ghani bin Mamat dengan majoriti 10,642 undi.

5. Mahfuz Haji Omar, Ketua Penerangan PAS Pusat juga turut menang di Pokok Sena menewaskan Calon BN, Abdul Rahman Ibrahim dengan majoriti 5731 undi.

6. Dr Mohd Hatta Ramli yang juga Bendahari PAS Pusat beralih angin ke Kuala Krai, Kelantan menewaskan Calon BN Che Musa bin Che Omar dengan majoriti 4,984 undi.

7. Dato Ab Halim bin Ab Rahman turut mengekalkan kerusinya buat kali kedua di Pengkalan Chepa apabila menewaskan calon BN, Rahim Mohd Zain dengan majoriti 11,311 undi

8. Dr Dzulkifli Ahmad selaku Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat juga turut menang di Parlimen Kuala Selangor apabila mnewaskan Calon BN, Jahaya bin Ibrahim dengan majoriti 862 undi

9. Dr Lo’ Lo’ Haji Mohd Ghazali pula berjaya menewaskan Calon BN di Titiwangsa, Datuk Aziz Jamaludin bin Haji Mohd Tahir dengan majoriti 1,972 undi.

10. Dr Hjh Siti Mariah bt Mahmud juga turut menang di Kota Raja, Selangor apabila menewaskan S.Vigneswaran a/l M.Sanasee dengan majiriti 20, 751 undi.

11. Mujahid Haji Yusof Rawa, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat menang di Parit Buntar Perak apabila menewaskan Abdul Rahman Suliman dengan majoriti 7,551 undi.

12. Siti Zailah bt Mohd Yusuf, Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat dan Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan menang di Rantau Panjang Kelantan menewaskan Calon BN, Mohd Afandi bin Yusof dan calon Bebas Isma Airfath bin Hassanuddin dengan majoriti 4,486 undi.

13. Dr Mohd Hayati bin Othman menang di Pendang buat kali kedua apabila menewaskan Calon BN, Md Rozai bin Shafian dengan majoriti 4,073 undi.

14. Dato Wan Abd Rahim Wan Abdullah, bekas Speaker DUN Kelantan berjaya di Kota Bharu, Kelantan menewaskan Calon BN, Datuk Mohamad Fatmi bin Che Salleh dengan majoriti 11,288 undi.

15. Ir Khalid Abdul Samad menang di Shah Alam Selangor menewaskan calon BN yang juga bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Abdul Aziz Shamsuddindengan majoriti 9,314 undi.

16. Ustaz Taib Azamuddin Md Taib menang di Baling menewaskan Ketua Putera Umno, Abdul Azeez Abdul Rahim dengan majoriti 7,613 undi.

17. Dato Ibrahim Ali juga turut menang di Pasir Mas atas tiket PAS dengan majoriti 8,991 undi menewaskan calon BN, Ahmad Rosdi bin Mahmad.

18. Dr Che Rosli Che Mat juga turut menang di Hulu Langat, Selangor menewaskan Calon BN, Markiman bin Kobiran dengan majoriti 1,745 undi.

19. Muhammad bin Husin juga menang di Parlimen Pasir Puteh dengan menewaskan Calon BN Amran bin Mat Nor dengan kelebihan 3,968 undi.

20. Roslan bin Shaharum buat kali pertamanya berjaya di Bukit Gantang, Perak menewaskanBendahari Umno Malaysia (calon BN), Abdul Azim bin Mohd Zabidi dan calon Bebas Mohganan A/l P.manikam dengan majoriti 1,566 undi.

21. Ustaz Nasir Bin Zakaria menang di Padang Terap menewaskan calon BN, Ghazali bin Ibrahim dengan majoriti 369 undi. Calon PAS Nasir mendapat 15,003 undi manakala calon BN memperoleh 14,634 undi.

22. Ustaz Mohd Firdaus bin Jaafar menang di Jerai Kedah menewaskan penyandang sebelum ini calon BN Datuk Badruddin bin Amiruldin dengan kelebihan 2,299 undi.

23. Che Uda bin Che Nik menang di Sik, Kedah menewaskan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Othman bin Desa dengan kelebihan 481 undi.

Gabungan golongan ulamak dan profesional pasti mampu memimpin ke arah kebenaran dan keREDHAanNYA..Takbir!!!!

-tokbilal-


Solat,asas ukhwah kita bersama. March 30, 2008

Posted by toksiak in Uncategorized.
add a comment

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mendirikan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya

[Taha : 32 ]

 

solat itu tiang agama

 

WARKAH BUAT SEORANG KEKASIH March 30, 2008

Posted by toksiak in Uncategorized.
Tags: , , ,
add a comment

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WA BARAKATUH,

Ke hadapan Rasulullah SAW yang saya kasihi lagi rindui…
Terlebih dahulu saya menyampaikan rasa takzim dan ihtiram saya buat Engkau ya Rasul, dengan hati yang sebak dan sendu saya menulis warkah ini buatmu. Saya tidak dapat menahan perasaan rindu yang membuak-buak dalam hati ini terhadapmu, dan saya buktikan dengan selawat yang sentiasa saya panjatkan buatmu.
Ketika ingin duduk, saya berselawat. Ketika bangun, saya turut berselawat. Ketika ingin memulakan apa sahaja pekerjaan, saya berselawat. Saya lakukan semua itu kerana cinta padamu, meskipun saya sendiri tidak tahu, apakah engkau turut mencintai saya.

Aduhai Rasulullah,

Siapa yang tidak berasa menyesal kerana tidak dapat bersamamu di dunia. Hati ini terasa kesalnya, namun ia hanya terpendam dalam hati, dan sesekali saya melaung sekuat hati, Aku Cinta Padamu Ya Rasul…
Saya membaca dan meneliti sunnahmu. Kata periwayat, jalan hidupmu merupakan suri taulan yang mulia. Tiap inci langkahmu diikuti. Hatta air luirmu sekalipun menjadi rebutan untuk disapu ke muka dan tubuh. Orang mengatakan, wajahmu berseri-seri bak bulan purnama, tutur katamu lembut menawan.
Rasulullah,

Sungguh mulia budi pekertimu. Seorang yang berani dan mengasihi. Seorang yang kuat semangat dan kental hati. Seorang yang penyabar dan penyayang. Saya ada mendengar, betapa engkau tidak pernah kisah terhadap segala cacian dan celaan, malah engkau menngampuni mereka setulus hati.

Rasulullah,

Apakah aku layak menjadi umatmu? Persoalan ini sentiasa menghantui aku. Apakah aku layak untuk berdampingan denganmu? Apakah boleh aku menatap wajahmu di syurga kelak? Atau aku hanya menjadi bahan untuk menyalakan api neraka. Ya Rasul, aku sungguh-sungguh berasa takut.
Aduhai nabiyallah, apakah engkau senang menatap wajah umatmu yang banyak dengan dosa ini? Aku sentiasa gentar bila memikirkan soal ini. Engkau punya Abu Bakar, Umar, Abu Ubaidah, Salman, Hassan al-Banna, Nik Aziz, Haji Hadi, sedangkan siapalah aku jika dibandingkan dengan mereka semua.
Aduhai kekasih Allah, dalam ribuan umat yang mencintaimu, apakah engkau akan memegang tanganku yang penuh dengan kekotoran ini? Aku bimbang sekali, jika kelak bukan sahaja tanganku, malah wajahku sendiri pun engkau meluat untuk melihatnya. Aku tidak menafikan, betapa aku umatmu yang dina dan banyak dengan kantung dosa.
Engkau orang yang mulia, sedangkan aku orang yang hina. Aku sedar, hanya mulutku berbicara menyatakan cinta, tapi perbuatan aku jauh sama sekali. Aku bukannya benar-benar berjihad menyebarkan dan memperkukuhkan agama ini. Aku bukan benar-benar mengingatimu dalam erti kata sebenar. Aku bukannya kaki ibadah yang sentiasa melazimi zikir dan istighfar. Aku bukannya orang yang sentiasa menatap dan mentadabbur makna dan isi kandungan al-Quran.
Ya Rasulullah Ya Habiballah,
Walau aku menyedari aku bukanlah orang yang baik, namun ingatkah engkau, terhadap seorang budak yang ketika kecil, sentiasa menangis di waktu malam, rindu untk menatap wajahmu? Ingatkah engkau kepada budak yang sentiasa inginkan engkau menjelma dalam mimpinya, memberi nasihat dan pesanan agar ia menjadi insan bertaqwa? Ingatkah engkau kepada seorang budak yang sentiasa mendoakan kebaikanmu dan menyebut-nyebut kebaikanmu?
Sekarang budak itu semakin dewasa. Ia masih lagi lagi menyintaimu dan tidak pernah melupakan mu. Namun mengapa engkau tidak pernah hadir walau seketika menziarahinya walau hanya dalam mimpi?
Maafkanlah budak itu Ya Rasul.
Rasulullah, izinkan aku bertanya khabarmu di sana. Oh ye, pasti sekarang engkau berada di syurga yang penuh sejahtera, menikmati segala panorama indah yang tidak terbayang dek mata. Pasti bidadari melayanimu dengan penuh kehormatan. Pasti kekasihmu akan memberikanmu segala macam kebaikan.
Rasulullah, kalau engkau ada di sisi, izinkah engkau kepadaku untuk mengucup dahimu, juga kedua pipimu? Kalau aku ingin memelukmu sepenh hati, izinkah engkau. Kalau aku ingin meminjam serbanmu untuk diikat di kepala, berikah engkau?
Rasulullah, hanya sekadar ini sahaja surat yang ingin aku utuskan buatmu. Panjang lagi untuk aku mencoretkan pelbagai perasaanku terhadapmu. Aku harap sekali doa darimu ya Rasul, agar aku dikuatkan tekad dan semangat juang untuk memastikan kemenangan Islam di muka bumi ini.
Oh ye Rasulullah, tidak lama lagi kami akan berpilihan raya. Doakan kemenangan Islam di sini. Moga-moga, berkat doamu, Islam akan kembali tertegak di bumi Malaysia dan segala kejahatan akan dapat dinyahkan.
Kelak, aku akan menulis surat yang lebih panjang kepadamu, wahai kekasih…

tokbilal :- Nukilan Ustaz Dzulkhairi, presiden GAMIS.