jump to navigation

Saya tidak tahu bab politik June 15, 2009

Posted by toksiak in isu semasa, pendapat.
trackback

Tapi sekurang-kurangnya saya tahu bab dosa pahala..

Saya jarang membuka blog pimpinan di Malaysia, malah jarang juga mengikuti apa yang menjadi buah mulut masyarakat di Malaysia, bila tibanya bab perselisihan bukan saja antara ahli PAS sendiri, malah antara pimpinan tersohor kita.

Semuanya bermula dengan kata-kata manusia.

Dalam isu ini, bolehlah dikatakan bukan mulut yang menjadi punca masalah, tapi tangan-tangan manusia di dalam dunia yg dikenali sebagai dunia maya.

Mereka menulis utk melaga-lagakan dua pimpinan terbesar, yang bukan saja lebih berilmu, malah lebih berpengalaman dari kita. Siapalah kita utk menuding jari menyatakan kesalahan si pulan dan si pulan, jika kita hanya tahu cerita dari alam maya sahaja?

Ingatlah, sedangkan setiap detik rasa dalam hati utk melakukan maksiat pon Allah tahu, inikan pula niat jahat kita utk melaga-lagakan orang lain. Jangan disangka tiada siapa yg melihat bila kita menulis dengan sesuka hati di alam maya ini, kita akan selamat. Mungkin orang yg difitnah itu tidak tahu, tp ingatlah Allah juga yg sentiasa Melihat dan Mengetahui.

Gunakan kemudahan teknologi utk kebaikan, pahala lah ganjarannya.

Gunakan kemudahan teknologi utk kemungkaran, dosa lah jawabnya.

Sama sahaja, samada dunia realiti atau maya, kita masih di bawah pemerhatianNya.

So, think before you act!

Comments»

No comments yet — be the first.