jump to navigation

Ujian itu kemanisan February 6, 2009

Posted by toksiak in isu semasa, pendapat.
trackback

Politik. Politik. Ya Allah,hari ini kami menjadi saksi benar atas kebiadapan dan kemaraan golongan thaghut.Ya Allah,jika di palestin,hamas dihina,kami tumpang bersedih.Tapi,kerana kelemahan iman kami,kesedihan payah sekali untuk dilahirkan. Nah ! Bila tanah air sendiri diperlakukan oleh pengkhianat agama,oleh manusia-manusia yang bertopengkan agama,hati rasa cukup terasa.Pedih ! Sebak ! Di depan mata,islam di aibkan. Kerana harta dan pangkat manusia mudah lupa. Belajar tinggi-tinggi,tapi ilmu entah ke mana,sampai akal dan maruah agama digadaikan.Allahuakbar !

Dulu,ketika pilihanraya penyamun di Terengganu,kerajaan islam pimpinan Tuan Guru Haji Hadi Awang rebah kerana permainan licik dan kotor.Penuh penipuan ! Ana dan sahabat-sahabat yang sedang mengikuti dari jauh pekembangan semasa,menjadi pemerhati kehormat.Kami melihat dengan sedar.Kami sedar dengan keimanan.Kami mahu bangkit dengan keazaman.Kami mahu menumbangkan thaghut yang bermaharaja lela.Keputusan Pilihan Raya lalu,Terengganu jatuh ! Pejabat kerajaan negeri dikepung oleh FRU.Sebelum itu,memang kemenangan Barua Negara (BN) masih lagi dipertikaikan.Pengundi hantu terlampau ramai.Hantu-hantu pun berkejar-kejaran.Malam ketika keputusan tidak rasmi diumumkan,pemuda-pemuda PAS mengawal bangunan kerajaan negeri supaya tidak di ambil secara kotor.Banyak sungguh cerita yang diterima dari datuk.Tapi,aleh-aleh polis ingin menggunakan ruang diplomasi untuk ‘berdamai’ dengan pemuda yang mengawal bangunan pejabat.Dipendekkan cerita,polis berpaling tadah dan melakukan tindakan barua mereka.Pemuda-pemuda ditangkap.Motorsikal pemuda-pemuda dirosakkan.Jiranku ada yang kena tangkap.Ana tidak putus-putus menelefon keluarga,bertanyakan situasi di tanah air.Tegang sekali saat itu.

Keputusan diumum dengan jelas pada jam awal pagi,waktu itu.Terengganu di bawah kepimpinan ulamak jatuh ketangan BN.Ana,sahabat-sahabat dan abang-abang menitiskan air mata tanpa ditahan lagi.Ya,kami anak-anak muda mudah sekali menitiskan air mata,jika air mata itu menandakan peduli kami atas nasib umat islam.Moga-moga air mata ini akan menjadi saksi di depanMu kelak,ya Allah.Moga air mata ini juga menjadi pembersih dosa-dosa kami yang lalu,duhai Allah.

Ana cukup terkesan dengan tindakan rampasan di terengganu tempoh hari.Tidak serik dengan itu,tragedi di pantai batu burok juga menjadi saksi,polis mengganas.Ya,ana cukup anti dengan polis.Ana cukup hilang sabar dengan polis.Polis sudah tiada maruah pada ana.Maafkan ana sahabat-sahabat jika ada dikalangan sahabat-sahabat yang punya saudara yang bertugas di jabatan polis barua negara.Polis malaysia umpama polis fatah.Penuh dengan konspirasi.Penuh dengan kuku besi.Penuh dengan topeng pemimpin gergasi.Penuh dengan gerigi ISA yang menunggu untuk diisi lagi dan lagi.Ya,ana juga cukup bencikan S.B.Super barua ini tidak ubah seperti petualang agama.Pengkhianat rakyat.Pelumpuh kebahgiaan rumahtangga.Tunggu dan nantilah balasan Allah.Kuasa SB-SB tidak ubah seperti ingin melawan ketentuan Ilahi.Nantikanlah azab dari Allah.Tunggulah malaikat pencabut nyawa,merentap nyawa-nyawa kalian disebabkan kekejaman yang kalian telah lakukan.

Hari ini,seluruh jentera kerajaan dikerahkan.Putar belit seolah-olah dihalalkan.Media fitnah bersorak sakan.Ya,siapa cepat menabur fitnah,meraka lagi hebat.Begitu sekali kerosakan alam ini.Alam ini rosak kerana petualang-petualang agama yang mendiami alam ini.

KINI,DRAMA INI BERULANG LAGI.

PLOT PEMENTASANNYA CUKUP HEBAT.

MASTER MIND BARUA NEGARA, CUKUP MENDABIK DADA.

GOLONGAN THAGUT MENCARI PASAL LAGI DENGAN GOLONGAN BERIMAN.

PERAK DIRAMPAS DENGAN KOTOR DAN TIDAK BERMARUAH !

Ujian itu kemanisan.Kemanisan itu adalah harga dari jatuh dan bangun.Tabahlah duhai pimpinan.Berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul.Kami tak putus-putus mendoakan dari jauh,para pimpinan kami.YB Nizar,ana mengagumi ketabahan yang lahir pada dirimu.Kami mendoakan dengan kejayaaan barua negara yang sementara buat masa ini,maka akan lahir,dan terus lahir ratusan cendikiawan seperti YB Nizar.Lihatlah sahabat-sahabat,PAS telah mencorakkan fikrah pemikiran seorang pemimpin ummah.Kami yakin dengan kepimpinan ulama,dengan bantuan para umara.

Bersama wala dengan kepimpinan islam.Kami tidak mudah dijual beli dengan keduniaan.Duhai Allah,jauhkanlah kebendaan dari hati kami.Ya Allah,selamatkanlah negara-negara islam.Duhai Allah,selamatkanlah tanah air kami.Duhai Allah,tanamkanlan ke dalam hati-hati kami keazaman untuk meruntuhkan thaghut.Duhai Allah,perkuatkanlah ikatan hati-hati kami.

Perjalanan kita masih jauh dan berbalang.Rasulullah,hari ini kami diserang dengan fitnah manusia yang beragama islam juga,tapi akal dan pemikiran mereka telah di basuh dengan golongan kuffar.Kami akan bangkit,ya Rasulullah.

Kami tidak rela islam terus dipijak-pijak Ya Allah.Kami menunggu masa untuk bertindak,ya Allah.Maka,pimpinlah kami,duhai Allah.

ulama dan umara

Dalam sebak,kami (pemuda) mengatur tekad.

Tanah Perak begitu dekat sekali dihati kami.Allahuakbar! Allahuakbar !

P/s : Bukti kebangkitan rakyat di video ceramah yang terakhir dari barisan pimpinan.Klik disini.

Comments»

No comments yet — be the first.