jump to navigation

Ke arah Jemaah Universal June 9, 2008

Posted by toksiak in pendapat.
trackback

(Entri kali ini ana ubah suai dari perbincangan di dalam mailinglist jemaah)

Berbeza dgn Jemaah kita atau PAS,bukan hanya mereka yg sudah mempunyai fikrah yg perlu ditarbiyah,tetapi termasuklah menyedarkan dan mendekati golongan-golongan biasa dari terus lalai dari ajaran Islam. Sebab itulah uslub dakwah yg dibawa adalah berbeza-beza dan pelbagai sesuai ngan kepelbagaian ragam manusia yg mampu menerimanya. ..

Ungkapan di atas tidak dapat dinafikan lagi.  Jemaah kita memang lebih bersifat universal, sejajar dengan pendekatan masakini PAS iaitu ‘PAS for all’, walaupun kita masih tidak mampu untuk melibatkan non-muslim di dalam jemaah kita.

Namun demikian, atas hasil tafakur diri, untuk entri kali ini, ana tampil untuk mencabar ungkapan tersebut. Adakah benar kenyataan ini, atau kita juga selektif seperti sesetengah jemaah lain? Concious mind kita mungkin menafikan yang kita ini selektif, tetapi bagaimana pula dengan unconcious mind kita dan tindak tanduk kita? (bab concious/unconcious mind ini panjang, ana tak terang secara terperinci)

Mari kita tengok situasi program umum, untuk mudah faham. Mari kita muhasabah sama-sama. (Peringatan kepada diri sendiri juga.)

A) Siapa yg selalu kita jemput ke prog umum? (samaada melalui Yahoo Messenger (YM) ( yang bukan sekadar ubuh sebagai status), email atau secara lisan)
Sedar atau tidak, mungkin 80-90% (kiraan ini mengikut kepala sendiri saja, mungkin bukan nilai sebenar) daripada org yg kita jemput adalah

1) Sudah pernah sertai program umum sebelum ini.

2) Memang berminat/menunjuk minat ke arah program-program agama. Dalam erti kata lain, jikalau tidak diajak pun insyaAllah dia lambat laun akan sertai program hasil usaha sendiri (semua dari kita asalnya adalah dari golongan kedua!)
Secara tidak langsung, kawan-kawan kita ‘yang biasa’, kita ambil tindakan untuk tidak ajak ke program umum, kerana jauh di sudut hati, kita merungut ‘kalau aku ajak pun, dia bukan nak datang..buat malu aku saja ajak dia’. sifat ini hampir semua dikalangan kita miliki, termasuk ana (bagi mereka yg tiada sifat ini, tahniah dan syabas ana ucapkan!). AstaghfirUllah. Kita telah menilai dia sebelum kita mengajak. (jika sudah ajak tetapi dia tidak ingin menyertai, itu soal hidayah Allah. Tetapi kembali pula kepada cara kita approach mereka, sama ada secara hikmah atau tidak.)

B) Berapa ramai peserta program umum kita yang merokok/tidak bertudung?
Sepanjang penglibatan ana dalam jemaah ini, setakat ini dengan mata ana sendiri, ana hanya mengenali SEORANG sahaja peserta yang merokok. Akhwat pula menyatakan pernah sebelum ini SEORANG yang tidak bertudung pernah hadir ke program. (Dan jikalau tidak silap ana, seorang non-muslim dari Sabah pernah ke program umum kita satu ketika dahulu. Ini ana kurang pasti.)

Unconcious mind kita telah mengambil pendekatan utk membiarkan ‘orang-orang biasa’ seperti di atas, maka tidak hairanlah yang hadir di prog umum adalah hanya dari golongan-golongan di (a)(1) dan (a)(2).

Maka, atas sebab di atas, dukacita ana berpendapat, jemaah kita masih belum menjadi persatuan Islam ‘untuk semua golongan’, kerana yg lebih penting untuk diselamatkan bukanlah golongan (a)(1) dan (a)(2), yang mana jikalau tiada progrom umum pun insyaAllah mereka dapat ‘berdikari’ sendiri, tetapi golongan-golongan ‘biasa’, dan ini termasuk yang merokok, yang tidak bertudung, yang bercintan-cintun berdua-duaan, malah yg tidak solat. Golongan ini yg perlukan ‘rawatan’ dalaman agar dapat kembali ke landasan yang benar.

Mungkin amat susah kita mengajak orang-orang biasa seperti di atas, tetapi ana berpendapat, ketiadaan golongan ini di dalam program umum mencacatkan sedikit matlamat jemaah untuk menjadi persatuan untuk semua golongan.

Atas semangat ‘PAS for all’, maka ana rasa sudah tiba masanya jemaah kita mengorak langkah ke arah yang sama, dimulakan dengan usaha dari ahli jemaah sendiri. Sebagai langkah pertama, semoga sekurang-kurangnya kita dapat sasarkan 3 orang peserta yang merokok (syabab) dan 3 orang peserta yang tidak bertudung (akhwat) untuk program umum akan datang insyaAllah (selain dari peserta-peserta lain). Sekurang-kurangnya ada dikalangan anak usrah kita yang terdiri dari golongan biasa ini, bukan hanya budak-budak dari sekolah agama sahaja.

Kita merasai kemanisan ukhwah yang terhasil dari program umum jemaah, sudah tibanya masa kita berkongsi kemanisan tersebut dengan sahabat-sabahat kita yang lain!


Sama-samalah kita rasai NIKMAT MEMBERI!

Entry by: Clan

10 Jun 2008/ 6 Jamadul-akhir 1429

Comments»

No comments yet — be the first.